Khamis, 1 Disember 2011

Peristiwa2 Aneh Sebelum Kewafatan Baginda




Terdapat beberapa peristiwa atau kisah aneh dan pelik yang terjadi dalam kehidupan Rasulullah saw.Sebelum kewafatan Baginda,sebagai pendedahan terhadap mereka yang berminat untuk mngetahui hal-hal aneh dan pelik,disamping untuk memantapkan keyakinan kepada Rasulullah saw sebagai Nabi dan Rasul.

1 -Rasulullah Mengajar Cara Solat Jenazah

Peristiwa ini berlaku di rumah Aisyah ra,Baginda mmanggil para sahabat supaya berkumpul dan Baginda memesan ssuatu serta mngajar cara mngkafankan jenazahnya.
   Sabda Rasulullah saw yg bermaksud,"Selamat datang kamu semua,semoga Allah swt mngasihi kamu semua.Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua telah dekat,dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah swt.Kalau telah sampai ajalku,maka hendaklah Ali mmandikanku,Fadl bin Abbas hndaklah mnuang air dan Usamah bin Zaid hndaklah menolong kedua-duanya.
    "Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaian ku sndiri,atau kafanilah aku dengan kain Yaman yg putih.Apabila kau mmandikanku,hndaklah kamu letakkan aku diatas balai tmpat tidurku didalam rumah ini.Kemudian,kamu semua kluarlah sbentar mninggalkanku.
    "Pertama yg akan berselawat atasku ialah Allah swt,kmudian yang akan solatkan aku ialah Jibril as,kmudian diikuti oleh malaikat Israfil as,malaikat Mikail as dan terakhir sekali malaikat Izrail as bserta dgn pmbantunya.Setelah itu,baru kamu semua masuk bergantian scara berkelompok untuk solat ke atasku."

2 -Pesanan Terakhir Kepada Para Sahabat

   Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,"Dengarlah para sahabatku,aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua 'dua penasihat' yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja.Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran yang yang diam itu ialah maut.Apabila ada ssuatu persoalan yang rumit timbul antara kamu,hndaklah kamu semua kmbali kepada Al-Quran dan hadisku.Sekiranya hati kamu itu keras,maka lembutknlah ia dengan mngambil pelajaran daripada mati."


3 -Rasulullah Meminta Abu Bakar Menjadi Imam

   Semasa Baginda saw sakit,Baginda tidak mampu untuk keluar bersembahyang bersama-sama orang ramai,Rasulullah saw bersbda yang bermaksud,"Suruhlah Abu Bakar untuk mngimami sembahyang." Baginda telah mnyusuh Abu Bakar sebagai khalifahnya (penggantinya) ketika Rasulullah saw masih hidup.Aisyah rha mnceritakan bahawa pada mulanya Abu Bakar sndiri mnyatakan kurang senang dengan suruhan itu.Aisyah telah menerangkan kepada Abu Bakar bahawa ayahnya tidak sihat,mudah saja jatuh sakit dan suaranya lemah.Apabila mmbaca ayat2 Al-Quran,bginda cepat beremosi,mngenag dan mncurah2 air matanya.Apa pula tanggapan jemaah lain apabila melihat Abu Bakar mnjadi imam,sedangkan Rasulullah saw masih ada.
   Tetapi Rasulullah saw telah menolak alasan-alasan itu.Abu Bakar mnjadi imam sbanyak 17 kali smasa Rasulullah saw sakit kali terakhir.


 4 -Rasulullah SAW Dipapah ke Masjid

  Semasa baginda saw sakit teruk,Rasulullah saw memanggil Ali dan Fadl bin Abbas ra,lalu RAsulullah saw bersandar kepada kedua2 mereka dan terus Baginda dipapah pergi ke masjid.Setelah Rasulullah saw sampai ke masjid,maka Rasulullah saw pun bersolat Subuh bersama2 dengan para jemaah.


5 -Pemergiannya,Sengaja Dibayang-bayangkan

  Pmergian Rasulullah saw sering dibayang2kan .Semasa Baginda mnyampaikan perutusan di atas Gunung Arafah semasa mngerjakan Haji Wada',Baginda berkata bahawa mereka tidak akan berjumpa lagi selepas tahun itu.Semasa mnyempurnakan pngebumian pejuang yang gugur di peperangan Uhud,Baginda telah mmbaca surah Al-Fatihah dan talkin.Dalam talkin itu,Baginda telah berkata yang bermaksud,"Saya akan mngikuti saudara ini tidak lama lagi."
   Di Jaunt al-Banuqui,Baginda secara terang2an mnyatakan masa baginda semakin dekat.Beberapa hari sebelum Baginda wafat,dalam satu perhimpunan terakhir baginya,Baginda mmberi nasihat2 tertentu kpd pengikut2 Baginda ketika itu.


6 -Sakit Yang Membawa Maut

  Pada bulan Jun tahun 623M,sakit Rasulullah saw semakin teruk.Baginda telah pergi melawat satu kematian,apabila pulang mnziarahinya,Baginda semakin tenat.Kemudian,para sahabat bertanyakan keadaan Baginda,lalu Baginda saw bersabda yang bermaksud,"Nabi-nabi sememangnya menanggung kesakitan yang lebih teruk daripada orang lain,itulah satu sebab kenapa mereka menerima ganjaran Tuhan yang lebih tinggi." Sakit yang terakhir ini berlarutan selama 13 atau 14 hari.
   Pada 11 hari pertama,Rasulullah saw masih lagi pergi menunaikan solat di Masjid Nabawi.Pada suatu ketika dalam lima hari terakhir,semasa Rasulullah saw sakit teruk dan demam,Rasulullah saw mminta diambilkan air sejuk untuk mandi.Air sebanyak 7 buah baldi itu hndaklah diambil dari telaga yang berasingan di Madinah.
   Selepas mandi,panas badan yang dirasai smakin reda dan Rasulullah saw berasa sedikit lega.Selepas itu,Rasulullah saw bangun lalu pergi ke masjid dan berucap kepada jemaah yang hadir.
Katanya,"Setelah aku mati,jangan sekali2 aku dipuja dan jangan sekali2 perkuburanku dijadikan satu tempat pemujaan dan penyembahan."
   Selepas pulang daripada mnyampaikan kata2 itu,Rasulullah saw tenat semula.Tubuh badan Rasulullah saw semakin lesu dan dan wajah Rasulullah saw semakin pucat.Rasulullah saw berbaring dan tidak sedarkan diri.Kebetulan pada waktu itu ada seorang Muslim pulang dari Abyssinia dan membawa ubat.Lalu Sayidina Ali mngambil ubat itu dan memasukkan sdikit demi sedikit kedalam mulut Baginda.Setelah Rasulullah saw sedar,Baginda mnyatakan Baginda tidak suka diberi ubat tanpa izin Baginda.Sebagai hukuman,semua yang hadir disuruh minum sedikit ubat tersebut.


7 -Khutbah Rasulullah saw Semasa Baginda Sakit

  Semasa sakit,Rasulullah saw masih mampu berkhutbah.Antara khutbah yang diberikan oleh Baginda saw ialah (yang bermaksud),"Sesungguhnya sudah dekat pmergianku daripada kamu semua,ssiapa yang pernah aku rotan belakangnya,ini belakangku.Sila balas kepadaku.Sesiapa yang pernah aku ambil hartanya,ini hartaku.Silalah dia ambil kembali dan janganlah takut kemarahan daripadaku kerana itu bukan akhlakku.Sesungguhnya orang yang paling aku sukai dalam kalangan kamu ialah orang yang mngambil haknya daripada aku sekiranya dia mmpunyai hak itu."
   Selepas itu,seorang sahabat bangun dan menyebut dia mmpunyai tiga dinar daripada harta Baginda.Baginda mmninta Qusam mmberikan tiga dinar kepada sahabat itu.Selepas itu,dia bertanya kepada sahabat itu,"Mengapa kamu minta,sedangkan ini Rasulullah?"
Sahabat itu berkata,"Aku mahu mnjadi orang yang paling dikasihi oleh Muhammad saw."
Rasulullah saw mngulangi lagi pertanyaannya,tetapi tiada seorang pun yang bangun.Rasulullah saw berkata,"Kalau begitu,halalkan kpd aku untuk berjumpa dengan Tuhanku dalam keadaan hatiku tenang.Dengan kamu menghalalkan kepada aku pun,aku rasa belum selamat."
   Kemudian,Rasulullah saw berkata,"Sesungguhnya seorang hamba diberi pilihan untuk diserahkan kepadanya segala kekayaan dunia semuanya kekal di dunia kemudian dia masuk syurga." Rasulullah saw memilih bertemu dengan Tuhannya dan masuk syurga.
   Apabila mndengar ucapan itu,Abu Bakar mnangis teresak2.Beliau berkata,"Bahkan kamilah yang menebus kamu dengan diri kami dan anak2 kami,wahai Rasulullah."
Daripada kata2 Muhammad,Sayidina Abu Bakar dapat memahami hmba yang Muhammad sebutkan itu adalah diri Baginda sendiri.

8 -Pesanan Akhir,Ciuman Akhir

   Pada hari akhir hayat Rasulullah saw,Baginda mnyuruh langsir pintu dikuakkan supaya Baginda dapat memandang ke masjid di hadapan.Baginda gembira mnyaksikan Abu Bakar mngimamkan sembahyang.Badannya segar sedikit setelah tidur pada malam sebelumnya.Air mukanya cerah.Lalu Rasulullah saw bangun dan pergi ke masjiid dengan dipapah oleh Abbas dan Ali.
   Apabila kembali dari masjid,sakit Rasulullah saw semakin bertambah.BAginda berbaring diatas pangkuan Sayidina Aisyah.Baginda mnyuruh Aisyah memanggil anaknya Fatimah,lalu berkata,"Aku akan pergi sebentar lagi.Engkau ahli kluarga yang pertama menemuiku di syurga."
   Setelah RAsulullah saw semakin tenat, Baginda mmberi arahan berdoalah,berdoalah.Sebelum Baginda nazak,Rasulullah berkata,"Semoga Allah memusnahkan ssiapa yang mnjadikan kubur2 nabi2 sebagai pemusatan sembahyang.Janganlah hendaknya terdapat dua agama (Yahudi dan Kristian) di bumi semenanjung Arab.
   Rasulullah saw wafat dalam pangkuan Sayidina Aisyah.Baginda wafat pada sebelah petang,hari Isnin 12 Rabiul'awal, insan yang paling pengasih pernah lahir di bumi ini!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan