Jumaat, 2 Disember 2011

Hukum Berinai dan Persoalan



Inai yang dibolehkan bagi wanita yang sudah berkahwin.(dgn  kebenaran suami)










Assalamualaikum, di sini dibawa beberapa dalil dan sumber rujukan untuk pembaca tentang inai:

1. Sunat bagi wanita yang telah berkahwin menginaikan tangan dan kakinya dengan inai, jika si suami menyukainya. Adapun selain daripada wanita yang telah berkahwin, (wanita bujang @ janda) maka tidak disunatkan demikian itu, bahkan haram baginya menginai rambut dengan warna hitam dan menginai hujung jari, dan haram memerahkan pipi bagi wanita bujang atau dilarang oleh suami. 


(Manhaj Qawim syrh Masail Ta’lim, Ibn Hajar Haitami, cetakan 2006M Darul Minhaj, Jeddah, ms:76) 
2. Adapun menginaikan tangan dan kaki dgn inai, maka ianya sunat bagi perempuan yang telah berkahwin, kerana hadis yang masyhur padanya, dan haram bagi lelaki kecuali untuk tujuan perubatan dan seumpanya.



Antara dalil pengharamnya bagi lelaki


sabda Nabi S.A.W: Allah melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita 
(Hadis sahih, riwayat bukhari);


dan


 hadis daripada Anas R.A: Bahawa Nabi S.A.W melarang lelaki memakai za’faran (bahan yg berbau wangi & berwarna kuning) 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 


Tentu sekali sebab pengharaman kerana warnanya, bukan bau, kerana bau-bauan digalakkan bagi lelaki. Maka inai hukumnya seperti za’faran.

Dalam Sunan Abi Daud, hadis daripada Abi Hurairah: 
Bahawa Nabi S.A.W dibawa kepada baginda lelaki yang menyerupai wanita, tangan dan kakinya berinai , lalu berkata Rasulullah: Kenapa dengan dia ni? 
Lalu dijawab: Wahai Rasulullah, dia sering menyerupai wanita. 
Lalu baginda menyuruh dibuang daerah ke Naqi’(nama tempat berdekatan Madinah). 
Lalu sahabat bertanya: Kenapa tidak kita bunuh saja dia? 
Baginda menjawab: Sesungguhnya aku dilarang membunuh orang yang solat (masih beriman). 
Tetapi hadis ini sanadnya majhul “tidak diketahui” (antara sebab hadis daif).
(Majmu’ syrh Muhazzab, Imam Nawawi, 1/295, Maktabah Syamelah)
3. Disunatkan bagi wanita yang berkahwin berinai kerana ianya perhiasan dan berhias dituntut untuk suami pada setiap waktu. Dan makruh bagi selain daripada wanita yang telah berkahwin berinai tanpa sebab keuzuran, kerana bimbang membawa fitnah. Dan haram bagi khunsa dan lelaki berinai tanpa sebab keuzuran, kerana larangan menyerupai lelaki.
(Asna Matholib, Syeikh Zakaria Al-Ansari, 6/125, Maktabah Syamelah)

* Dalam masalah mengerjakan haji, sunat bagi wanita secara umum menginai seluruh tapak tangannya untuk menutup warna kulit dan mengelakkan fitnah. Ulamak menyatakan bahawa sebabnya kerana wanita yang berihram tidak boleh menutup tapak tangannya dgn sarung tangan dll, maka cara utk mengurangkan fitnah ialah dengan mewarnakan seluruh tapak tangan dengan inai.

4. Jika berinai kerana tujuan ihram, maka ia digalakkan bagi wanita samada sudah berkahwin atau belum, yang masih muda atau telah berumur. Dan apabila berinai, hendaklah berinai seluruh tapak tangan. Ada pun wanita yang berkabung (kematian suami), maka haram ke atasnya berinai. Dan khunsa seumpama lelaki pada hukum inai (haram). Dan sunat berinai bagi selain wanita yang berihram jika telah berkahwin. Jika tidak, maka makruh hukumnya (bagi perempuan yang belum berkahwin). Tidak disunatkan bagi wanita mengukir (mengcorakkan), menggunakan warna hitam, menginai hujung jari shj, dan mewarnakan pipi; bahkan haram setiap perkara tersebut bagi perempuan yang belum berkahwin dan wanita yang tidak diizinkan melakukannya oleh suami.
(I’aanah Tholibin, Syed Bakri, 2/387, Maktabah Syamelah)

5. Daripada Ummu Rafi’ khadam Rasulullah S.A.W berkata: Tidak mengenai Rasulullah luka-luka melainkan baginda menyuruhku meletakkan inai di atasnya. (Tirmizi:1979, Ibn Majah:3493)
Wallahu a’lam…

Mahadi bin Mohammad
Syariah,Universiti Mu'tah

sumber : http://amadanaksoleh.blogspot.com/2009/04/fi-hukum-berinai-di-tangan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan