Khamis, 24 November 2011

Berdoalah Kepada Allah S.W.T...




Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta).

Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi)


Bila berdoa dari hati,
Lalu tangisan hadir membasahi,
Dengan menyerah diri pada Ilahi,
Pasti terasa sinar pelangi menyinari kembali diri,
Apa yang penting,lunturnya ia di hadapan rabbul Izzati.
Itulah kepuasan dan ketenangan yang hanya kita dan DIA rasai dan ketahui,
Yang haqiqinya DIA lebih fahami dan mengerti,
Masakan tidak itu semua terjadi,
Pemilik hati kita, milik DIA yang abadi!


Bila lisan bergerak beserta hati tawadhu' dalam berdoa kepada Allah! Lebih nikmat dan kepuasan yang tidak tergambar kita rasai! Yang penting apabila menghafal doa dalam bahasa arab, kita perlu untuk memahami maksudnya, supaya hati lebih merasai dan menjiwai doa yang dipohon tersebut.

Doa dari hati, bukan sekadar di bibir. 
Tanpa berdoa pun sebenarnya Allah mengetahui apa kemahuan kita, cuma apa yang penting, adalah Doa yang dimohon itu untuk merasakan pengabdian dan penyerahan diri kita yang hina dan dina kepadaNya. Allah... Allah... Allah...!

Sesungguhnya Allah amat rindukan doa hamba2Nya....



Selasa, 22 November 2011

Pesanan Buat Diriku Yang Mudah Lupa


♥ 5 Pesanan Buat DIRI ku ♥

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH
PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA
ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA
PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI
ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang
KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau
MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak
BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau
TUMPANG SEKAKI.

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak
BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk
engkau DIAM & BERLALU PERGI....

Tidak Ada Kebaikn Yang Sia-Sia




“Apa gunanya kalau sy mmbca al-Quran tetapi tidak memahaminya?” tnya seorg murid.

“bacalah dahulu,perlahan-lahan nanti Tok akn ajar mknanya” jwb gurunya.

Murid itu pun terus membaca.Hari demi hari.Bulan demi bulan.Lama kelamaan dia berasa jemu dan datang menemui gurunya semula.

“ tok,sy masih berasa usaha membaca tanpa mmahami makna al-Quran ini sesuatu y xberfaedah,” katanya.

“ baiklah.Tok akan menyuruh kamu melakukan satu pekerjaan y lbih bermakna,” kata Tok Guru tersebut.Wajah murid itu kembali ceria.

Tok Guru menyerahkan sebuah raga dan berkata “Kamu cedok air d sungai itu dgn raga ini,dan curahkan airnya ke dalam kolah madrasah kita.”

Si murid kehairanan.Mesti ada sesuatu y luar biasa akn berlaku,detik hatinya.Dia ke sungai dan mencedok air dan secara tergesa-gesa dia berlari utk menuangkan air kedalam kolah.Namun sebaik sampai,air telah habis,menitis keluar dari celah-celah raga y jarang itu.Begitulah dilakukannya berulang-ulang kali.Air menitis keluar dari celah raga dan kolah masih tidak dapat dipenuhi.

“Tok,perbuatan ini lebih tidak bermakna.Kalau Tok gantikan raga ini dengan timba,barulah ia boleh menampung air dan kolah akan penuh!”

Tok Guru tersenyum.“Setiap y tok suruh pasti ada maknanya,” katanya perlahan.

“Apa maknanya Tok”

“Menimba air dengan raga samalah dgn membaca al-Quran walaupun tidak memahami maknanya,”jawab Tok Guru.

“Sama-sama tidak ada faedahnya. Begitu?”

“Tidak,sama-sama ada faedahnya,” pintas tok guru.

Anak muridnya jadi lebih hairan.

“Cuba kamu tgk raga y kamu gunakan sejak tadi itu.Mulanya ia kotor,tetapi sekarang bukankah sudah bersih.Betul tak?”

“Betul Tok,” jawab anak murid mengiakan.

“Ha,begitulah juga hati kamu ketika membaca al-Quran berulang-ulang kali.Walaupun belum memahami maknanya,tetapi paling tidak hati itu akan dibersihkan daripada kelalaian dan gangguan syaitan.”

Muridnya mengangguk.Hebat,rupa-rupanya Tok Gurunya mendidik,bukan sekadar mengajar !

Pengajaran : Jangan memandang remeh sesuatu amalan baik,walaupun sekiranya kita belum nampak manfaat atau hikmahnya. Dan jangan gopoh untuk “meningkat” dalam perjalanan menjadi hamba Allah y baik dengan tindakan-tindakan y melanggar ketertiban amal dan kehalusan adab. Ingat,setiap y baik pasti ada kebaikannya. ♥

>d petik dari Majalah Solusi< =)

Isnin, 21 November 2011

Perhiasan Wanita Solehah


..Sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah..

1.Bulu kening
Menurut Bukhari, “Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki (tumit kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (Surah An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” ( Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (Surah An-Nur : 31)

5. Gigi
“Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani, “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari)

7. Tangan
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

8. Mata
“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” (Surah An Nur : 31)
Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

9. Mulut (suara)
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” (Surah Al-Ahzab: 32)

Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah)

10. Kemaluan
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ” (Surah An-Nur : 31)

“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.”( Riwayat Al Bazzar)
“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

11. Pakaian
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

***Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Ahzab : 59)

12. Rambut
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

sekadar renungan buat kita bersama untuk hidup dalam suasana yang diredhai allah...